Thursday, September 13, 2012

Senyuman esok

"Bertemu kita bertemu.. Berpisah janganlah resah.. Seperti pelangi senja datang dan pergi.. Bertemu kita bertemu.. Berpisah janganlah resah.. Seperti malam dan siang.. Silih berganti.. Pergi dan datang.."
Esok hari pasti akan datang.. Tetapi ntah ke mana akan hari esok membawa kita. Samaada esok hari itu ialah seperti hari2 yang kita biasa hadapi. Ataupun mungkin esok hari itu ialah hari yang membawa kita menghadap Ilahi secara live. (:

Takutnya kita kehilangan orang yang kita sayangi. Takutnya kita bersedih apabila yang dikasihi pergi tak kembali. Haipp.. Apa nak takut.. Kalau itulah takdir Allah.. Itulah yang terbaik. Berbahagialah kita dengan takdirNya.. Dan, yakinlah kita bahawa Allah kasih akan orang yang dikembalikan kepadaNya itu. 
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan".
Bagaimana pula sekiranya diri ini yang melangkah pergi dahuluuu lagi.. Apakah itu juga yang dirasai orang yang mengasihi kita? Tapi itu bukanlah pengisian yang perlu ada dalam kotak fikiran kita. Pengisian yang perlu ada itu adalah tentang kehidupan kita setelah mati. Ketika itulah amalan yang kita buat di dunia ini akan dihitung. Semoga segala amal di dunia diredhaiNya. 

Setiap saat yang kita lalui merupakan satu cabaran.. Kita diuji dengan cabaran manusia.. Cabaran harta benda.. Dan segala cabaran yang ada di dunia.. Okk ni out of topic sikit. Zzzzz n_n

Esok hari pasti akan datang. Semoga esok hari terukir satu senyuman! ^^



12.50 am
Wassalaam wbt

1 comment: