Wednesday, December 26, 2012

Di sini




Tidak terlintas dalam fikiran ini.. Sehinggalah dua tapak memijak di negeri ku berada kini.
Inilah realiti (:
Apakah rahsiaNya sehingga diri ini berada di sini.. Sungguh, semua ini sudahpun tertulis.. Dia Maha Mengetahui..

Semuanya bermula di sini.. Ucapan alhamdulillah dibasahi.. Di sebalik ucapan itu, pasti ada sesuatu yang telah terjadi dan membuatkan kita berasa bersyukur kepadaNya.

InsyaAllah, dengan harapan.. Apa yang kita terima tak kira di mana kita berada pasti membawa kebaikan dunia wa akhirat.

Tarbiyah.. Ukhuwah.. Kasih dan sayang.. Cinta.. Dan semestinya.. Cita-cita yang akan menjadi tanggungjawab kita pada masa akan datang.. Itulah yang terbaik.

Tetapkan iman di dalam dadamu.. Tingkatkan usahamu dalam menuju cita-cita..sehingga mampu membawa kita ke jalan haqiqi.. Bismillahitawakkaltullah..

Mami abah.. Sayang fillah selamanya <3

Yup.. Hargailah mereka.. Dan berdoalah kepadaNya buat mereka..

Wassalaam wbt
6.14 am

Tuesday, December 11, 2012

Dan..

Seakan-akan diri ini tahu apa yang telah dilaluinya..
Allahu yaAlim..
Yakinlah bahawa, apa yang telah terjadi itu pasti ada baiknya..
Yang membawa kita sehingga ke hari ini..

Ikutkan bisikan3 jahat.. Stress sebenarnya.. Huhu
Akhir tahun kian berakhir.. Kembali ke awal tahun baharu yang juga bakal berakhir nanti..
Dan ini akan terus berulang sehingga satu masa yang pasti, kita tiada lagi di dunia ini..
Namun.. Dunia akan terus menjadi roda sehingga satu masa yang pasti juga, yaumul akhir..

Banyak perkara yang perlu dikejarkan buat masa ini.. Dan mungkin banyak lagi pada masa akan datang..
Tika jasad hanya dikelilingi udara.. Semakin banyak perkara yang bermain di kotak fikiran..
Masa inilah teman menjadi api yang membakar semangat... Menjadi air tatkala hati membara kegelisahan.. Dan menjadi angin.. Yang membawa ketenangan... Kedinginan..

Hari ini dan hari semalamnya, ku dipimpin seorang teman untuk ke kelas.. Kerana jalan yang amatlah licin.. Niatnya ingin memimpin diri ini.. Last3 -.- hahah.. Kite yang pimpin die.. Zzz.. Haih kawanku sorang ni gopla.. Huhu

Kerana kelemahan yang ada membatasi setiap langkahku.. Bukan bermakna ku tidak mampu.. Selagi masih ada Dia yang Satu (:

Wassalaam wbt
6.38pm

Monday, December 10, 2012

Pelukan sebenar



Peluklah hatimu..
Itu sajalah yang mampu dibicarakan tatkala awan kelabu datang memendungi keceriaan..
Huhu.. :E
Allah akan permudahkan segalanya..
Kepercayaan terhadapNya tidak pernah hilang..
Kerana Dialah kita semua masih di sini.. Dan pentingnya kita untuk selalu muhasabah diri..
Pentingnya kita dalam pelukan ukhuwah.. Dikelilingi insan yang kita sayangi.. Cintai.. Sungguh bermakna..
Ya Illah  datangkan mereka ini untuk kita.. Supaya kita tidak tahu erti 'lonely'. Biarpun jauh di mata..
Kerana mengingati mereka.. Sungguh memberi ketenangan.. Dan inilah pelukan sebenar..

La tahzan! Sesungguhnya Allah bersama mereka yang beriman kepadaNya.. Teguhkan imanmu.. Kun  fayakun.. Kerana apabila Dia ingin menjadikan sesuatu.. Maka jadilah ia.. Dan itulah yang terbaik..

Teruskan usaha kita dalam menggapai kejora.. Tabahkan hati kita dalam merempuh duri-durian.. Berdoalah kita kepada Dia.. Bertawakal.. Dan redalah kita dengan ketentuanNya..

Senyumlah selalu (:
Supaya sentiasa kelihatan ceria...
Dan menggembirakan yang lain juga..^^

Wassalaam wbt
1.20 am

Saturday, December 8, 2012

Lillahi

Tiada yang lebih indah selain daripada kurniaanMu (:
Hari yang penuh cabaran.. Hari yang menjadikan nikmat itu satu konsekuensi..

Saya punya mulut untuk bicara.. Saya punya kaki untuk melangkah.. Saya punya mata untuk melihat.. Tetapi sejauh manakah 'saya punya' itu kita gunakan.. Tepuklah dada tanyalah iman..

Lalu.. Diriku melangkah ke pentas itu.. Mata ini mencari-cari dimanakah mereka yang hadir untuk memberi semangat.. Tidak kelihatan mereka kerana mata yang sangat rabun zzzz.. Huhu

Masih di pentas..

Walaupun mata ini tak nampak pun mereka yang datang semata-mata untuk memberi sokongan.. Dan walaupun mereka yang mmg tiada pun disitu.. Tetapi hati ini dapat melihat diri mereka.. Terasa akan kehadiran mereka... Kerana.. Semangat dan kasih yang diberikan sangat.. Sangat ape yup.. Haaa power.. Hehe

Kalau tidak kerana niat lillahi taala, tidak berdiri aku di sana tadi..

Jazakumullahukhairan! Kepada awak.. Awak.. Dan awak semuanya.. ^^

Bahagia itu ada pada hati.. Yang bertakhta di kerajaan diri.. Terpendam bagai mutiara di lautan nurani.. Kebahagiaan itu satu kesyukuran.. -Hakikat bahagia



Wassalaam wbt 
11.54 pm

Thursday, December 6, 2012

Nantikan ku

Melihat portrait itu, membuatkan diriku lebih semangat untuk bertemu dengan mereka..
YaAllah, pertemukan aku dengan mereka..
Mereka itu berada di bawah jagaanMu.. Selalu..

Di Sungai Buloh.. Ku punya ramai sahabat seperti mereka.. Tinggal di bawah unit yang sama..
Bezanya.. Itu sahabat3 yang kukenali di sekolah.. Sangat rapat.. Dan rindu terus terpahat..

Selama ini, bila pulang ke Kuala Terengganu.. Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk diri ini berjumpa mereka..
Sehinggalah pada hari itu, Kau hadiahkan perasaan ini untuk bertemu mereka..
Mereka tidak kenal diriku..
But i know them (:
Nantikan aku.. Taman Sinar Harapan <3

Wassalam wbt
1.03am

Sunday, December 2, 2012

Setiap itu

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) daripada syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)".  
(7; Al-A'raf; ayat 201)

Ayat Allah di atas sangat menarik hati ini.. Sekiranya kita ini orang yang beriman dan sungguh ingin menjadi orang yang baik di sisi Allah.. InsyaAllah perasaan dan langkah untuk membuat kemungkaran itu sangat jauh.. Ye, jauh sekali untuk kita membuat kemungkaran.. Namun, kita ini manusia.. Lumrah bagi kita untuk membuat kesilapan.. Tetapi, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita melakukan kemungkaran atau kesilapan.. Kerana.... Jengjeng... Kerana kita merupakan sebaik-baik ciptaanNya (:

Sekali lagi... Sekiranya kita ini orang yang beriman, bertaqwa, dan ingin menjadi insan yang khair di sisi Allah.. Jauh sekali untuk kita melakukan kesilapan dan kemungkaran..

Setiap perjalanan.. Setiap waktu.. Setiap perkara.. Dan semuanya yang ada di dunia ini.. Akan Dia uji ke atas kita.. 
Setiap permulaan.. Setiap pengakhiran.. Akan ada hikmahnya..
Namun, sekiranya dalam setiap itu membawa kebaikan dan keredaanNya..
InsyaAllah.. Pengakhiran itu bukan di situ sahaja.. Tetapi merupakan satu pengakhiran yang membawa kita semua ke jalan yang haqiqi.. Yang tiada penghujungNya.. 

Adakalanya, diri ini terasa sangat tercabar.. Kerana ku tidak akan pernah sempurna.. 
Yang menyebabkan diri ini untuk terus kukuh di pentas persinggahan (dunia) untuk mendapatkan anugerah yang abadi (jannah). Pasti. 

Wassalaam wbt
3.29am




Tuesday, November 27, 2012

Ku di sini

Tatkala diri ini terasa kekosongan..
Persoalan mula berlegar.. Apakah yang tidak terisi itu..
Alhamdulillah.. Tarbiyah diteruskan..
Ukhuwah terus terjalin.. Iman masih di dada..
Sahabat3.. Dipenuhi lagi dengan pendidikan akademik untuk diri ini bergelar doktor nanti..
Yup.. Bukanlah sekadar gelaran.. Tetapi sebagai tanggungjawab..
Kini bergelar sebagai pelajar.. Dan akan terus bergelar sebagai pelajar.. Pelajar bukan sekadar di alma mater.. Tetapi juga seorang pelajar di mana jua berada (:

**Scroll3 contact kat viber..

Terhenti seketika pada nama insan cinta pertama.

Calling... Ringing...

"Abaahh assalamualaikum wbt.."
"Waalaikummussalaam wbt... Bakpe suara kakak lemoh je.. Sejuk sgt ke..?"

Haaaa masyaAllah... Hanya Engkau sahaja yang tahu..
Yup.. Kekosongan itu adalah ruang buat diri ini bersama mereka.. Keluarga tercinta..
Terdengar suara adik3.. Haaa rindunya.. Sudah terjawab pun persoalan tadi.

Tajdid niat.. Mengapa ku disini ^^*

wassalaam wbt
2.57pm

Sunday, November 25, 2012

Kotak fikiran a.m

Pejamkan matamu.. Bersama eye mask emirates.. Hmmm.. How i wish im in the plane right now.. Going back home..
Perasaan ini tidak dapat diungkapkan dengan kata3.. Tidak dapat juga dikenal pasti dengan jelas oleh si tuan jasad.. Penuh dengan pertanyaan.. Harapan.. Dan ceritera kehidupan.. Namun.. Shahadah terus diperjuangkan.. Bersama hammasah! (: Yup.. Semangat.. Semangat yang sentiasa ada...

Bukakan matamu.. Lihatlah dunia kini.. Hmm..
Jernih sungguh air mata di sini.. 
Air mata jernih buat saudara mara ku di palestin yang berair matakan darah..
Semoga air mata jernih bersama doa ini mampu menjernihkan semula air mata mereka nun di palestin..
Allahu Ya Alim akan apa yang dijadikanNya di dunia ini.. Semestinya.. Buat bekalan di akhirat nanti..
Janji3Mu adalah benar... Bersama-sama kita dalam shahadah ini.. InsyaAllah.. Allahu Rabb Al-Amin..




Wassalaam wbt
2.59 am


Saturday, November 24, 2012

Spaces for one

Syukur.. Gembira.. Tenang.. Dan segala yang mampu mengukir satu senyuman buat diri ini dan semua insani ^^ haippp
Tiada ragu.. Tiada gelisah.. Selagi Iman masih di dada.. 
Adakalanya.. Hari-hari ini tidak terus mewarnai ceria.. Kerana kelabu yang mendatang memberi bayang-bayang.. Hmmm.. Tetapi.. Sebenarnya bayang-bayang itulah yang akan memancarkan diri kita yang sebenar.. Bayang-bayang yang menjadi bukti akan kewujudan kita.. Bayang-bayang yang memperlaku apa yang kita lakukan.. Dan sekiranya kita semua sedar akan kesan bayang-bayang ini pada diri kita.. Kesyukuran itu tidak terhingga.. MasyaAllah.. Alhamdulillah.. Hebat sungguh ciptaanMu yaAllah.. Di sebalik setiap kejadianMu itu ada maksud yang tersirat dan hikmah buat diri kita.. Dan yupp.. Hari kelabu itulah yang akan menjadikan hari kita yang sekarang (lebih baik) sekiranya kita berfikir.. 
Hati ini tersenyum sehingga ke riak wajah.. Mengingati mereka yang tersayang.. Bersaksikan janji-janji Allah.. Tidak ku rebah ke arena ragu-ragu (: 



12.30am
Wassalaam wbt
<3

Sunday, November 11, 2012

Le Spirit..

Setiap hari adalah hari yang penuh dengan semangat! :D
Semangat yang kita dapat melalui kasih sayang.. Keihklasan daripada insan3.. Doa3 ibu bapa.. Sahabat..
Keindahan sekeliling alam.. Dan iman yang menetap di dada..

Adakalanya, kesulitan datang menyelit di celah3 kekosongan yang mampu menguji semangat dalam diri ini. Haipp.. Adakah kita ingat bahawa hadiah Allah itu boleh berupakan kesulitan? Maksudnya, kesulitan yang kita dapat ini adalah kurnia Allah untuk menambahkan pahala kita dengan cara menguji kita. Sebab itulah apa yang kita dapat di dunia ini baik mahupun tidak, kita harus terus redha! :D haaaaaa^^

Apa yang disampaikan ini juga terus membakar semangat diri ini untuk terus maju dan menjadi insan yang lebih baik.. InsyaAllah begitu juga awak3 semua (:


Indah sungguh bekalan yang ada di dunia ini... Untuk kita bekalkan hari akhirat nanti.. Jom kita manfaatkan pagi atau petang ini.. Untuk kehidupan nanti yang haqiqi..^^!!

"Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka berasa seakan-akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari".
(An Nazi'at; ayat 46)

Wassalaam wbt <3
9.24 am



Tuesday, October 23, 2012

A pair of..

Apabila si kiri rebah.. Si kanan kuat memapah si kiri.. Stay strong!
Terlakar sekali lagi kisah saling melengkapi itu (:
Yup kekurangan itu sentiasa ada pada diri ini.. Tetapi dengan ada hati yang dilengkapi iman ini mampu menampung kekurangan yang ada.. :)  Hmmm maknanya kita ada la kelebihan kan..
Let's say alhamdulillah for this >,<!! Alhamdulillah.. Hehe


Mental & Physical... 
(Another short love story to be told.. :p)

Mental & physical pergi lah jalan3.. Tibe3 physical jatuh gedebukk :O Physical ni dah lemah sungguh.. X boleh nak bangun dah.. Pahtu mental ckp.. Haippp boleh tuu... Cepat33 bangun.. Dekat sini x ada siapa boleh tolong sebab x ada orang.. Kalau awak x bangun.. X gagahkan diri.. Macammana nak balik rumah? Haaa.. Lalu.. Physical pun gagahkan diri untuk bangkit.. Haiyyak :D Tadaaaa.. Sweet kan? Hahah.. Zzzzz.. :E

5 minutes later..

Mampukah kita menjadi yang terbaik kepada yang terbaik? 
Persoalan ini sungguh setia dalam pemikiran.. Apakah yang diinginkan sebenarnya..
Yang terbaik itu tiada lagi yang lebih baik selain Allahuakbar, semestinya (:
Jadikan diri yang terbaik pada diriNya dahulu barulah kita jadi yang terbaik kepada dia yang terbaik..
Jom kita menangkan Allah dahulu sebelum kita menangi yang lain.. :D
Kadang3.. Hati terasa bimbang akan apa yang disampaikan ini..
Sungguh..
Allahu ya Alim..

11.29 pm
Wassalaam wbt
<3

Sunday, October 7, 2012

Selalu (:

Sanah Helwah! Kasih seorang ibu sampai ke syurga.. Kasih seorang bapa tiada penghujungnya..
Selalu.. 

Mummy.. You're always in my doa.. Abah.. Same goes to you.. Allah be with yous always.. 
- 5th October 2012


Jazakillah ya ukhti Suhana (: 
Daun kering pada musim luruh yang tercoret nama kasih abadi.. Ini sangat bermakna.. 
Dan akan selalu mengaharapkan pemberian yang seterusnya daripada kamu :P hahah..  
Hehe, yang diharapkan adalah ukhuwah ini sentiasa diredhaiNya..

Kita selalu mengharapkan sesuatu.. Yup.. Sesuatu yang belum pasti.. Kita terus berharap.. dan berharap..
Kita berharap supaya hari esok lebih baik dari yang sebelumnya.. Kita berharap supaya amalan kita sentiasa diredhaiNya.. Kita berharap untuk memberi kegembiraan kepada seseorang.. Kita berharap untuk dihargai selalu.. Kita berharap impian kita tercapai.. Kita juga berharap cinta yang sebenar itu ialah si dia yang dicintai.. 
Tidak lupa.. Kita juga berharap.. Semua umat Islam di muka bumi ini dilindungi Allah s.w.t.. Suatu hari nanti.. masa kita akan tiba.. Pasti! (:

Lemah sungguh hati ini melihat mereka yang menderita.. YaAllah.. Sesungguhnya ujianMu terhadap mereka sungguh besar.. Aku yakin.. Kelak.. Syurga lah hadiah buat mereka.. Allahu ya Amin.. 

Apa yang dilihat itu.. Terus memberi gambaran pada si hati.. Si hati ini terus memanipulasi dan menilai.. Yang seterusnya memvariasikan emosi kita.. Sekelip mata.. emosi itu dizahirkan melalui raut wajah.. dan juga tingkah laku.. Adanya air mata.. untuk kita zahirkan rasa sedih kita.. Adanya senyuman untuk kita zahirkan kegembiraan kita.. Dengan segala adanya itu.. Kita af'alkannya pula dengan beribadah kepadaNya.. Dia selalu mendengar kita.. Dia selalu ada untuk kita..

Hari ini mungkin tidak sebaik semalam.. Tetapi.. Kita boleh ubah hari ini untuk menjadi lebih baik dri yg semalamnya.. Mcmmne yup? Haaaa... Dgn bersyukur laa ^^

Selalulah kita memaafkan semua.. Selalulah kita bersyukur.. Selalulah kita senyum.. Selalulah kita menghargai mereka.. Selalulah kita membantu mereka yang memerlukan.. Selalulah kita kasih kedua-dua orang tua kita.. Sahabat.. Pasangan.. Saudara sesama Islam.. Kerana segala selalu yang membawa kebaikan itu... Menjadikan kita orang yang baaaaaiikk selaluu >_< Hehe

To all my dears.. ♡ Here.. a happy message for you;

"Allah loves you.. I love you too! Forever & Always".

Wassalaam
10.50pm 


Monday, September 24, 2012

Satu


"Dan tidak ada (sesuatu pun) yang menghalangi manusia untuk beriman ketika petunjuk telah datang pada mereka dan memohon ampunan kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat yang terdahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata". 
(Al Kahfi; ayat 55)

Its ironic how i am still awake at this hour for my studies and at the same time writing for my blog entry! Zzzzzz :S  Alhamdulillah.. Im done with my philo reading and writing tonight. Later evening will be having a major on Philosophy. And i dont feel anything >< aiyaaaa..

Terlalu banyak pendapat tentang agama dan kepercayaan. Pening jgk baca Philo ni.. Pada akhirnya, semua pengisian yang dipertikaikan itu menuju ke arah yang sama. Zzz.. Allah sempurnakan Islam dengan adanya Iman.. Iman itu percaya.. Iman itulah yang akan tersemat dalam diri selalu dan selamanya. Its dawn here, time for Subh (:



MasyaAllah la quwwata illaa billaah, atas kehendak Allah, semua ini terjadi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah akan memberi kita petunjuk.

Wassalaam wbt
5.40 am

Tuesday, September 18, 2012

Dalam ingatan


"The promise of Allah is true,
and He is Exalted in Power, Wise." 

2.00 am
Selamat Malam <3

Thursday, September 13, 2012

Senyuman esok

"Bertemu kita bertemu.. Berpisah janganlah resah.. Seperti pelangi senja datang dan pergi.. Bertemu kita bertemu.. Berpisah janganlah resah.. Seperti malam dan siang.. Silih berganti.. Pergi dan datang.."
Esok hari pasti akan datang.. Tetapi ntah ke mana akan hari esok membawa kita. Samaada esok hari itu ialah seperti hari2 yang kita biasa hadapi. Ataupun mungkin esok hari itu ialah hari yang membawa kita menghadap Ilahi secara live. (:

Takutnya kita kehilangan orang yang kita sayangi. Takutnya kita bersedih apabila yang dikasihi pergi tak kembali. Haipp.. Apa nak takut.. Kalau itulah takdir Allah.. Itulah yang terbaik. Berbahagialah kita dengan takdirNya.. Dan, yakinlah kita bahawa Allah kasih akan orang yang dikembalikan kepadaNya itu. 
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan".
Bagaimana pula sekiranya diri ini yang melangkah pergi dahuluuu lagi.. Apakah itu juga yang dirasai orang yang mengasihi kita? Tapi itu bukanlah pengisian yang perlu ada dalam kotak fikiran kita. Pengisian yang perlu ada itu adalah tentang kehidupan kita setelah mati. Ketika itulah amalan yang kita buat di dunia ini akan dihitung. Semoga segala amal di dunia diredhaiNya. 

Setiap saat yang kita lalui merupakan satu cabaran.. Kita diuji dengan cabaran manusia.. Cabaran harta benda.. Dan segala cabaran yang ada di dunia.. Okk ni out of topic sikit. Zzzzz n_n

Esok hari pasti akan datang. Semoga esok hari terukir satu senyuman! ^^



12.50 am
Wassalaam wbt

Sunday, September 9, 2012

Ikhlas


Setiap ciptaan Tuhan itu adalah sempurna. Seperti manusia.. Namun, kesempurnaan itu tidaklah melebihi kesempurnaan yang ada pada Ilahi. Apakah ada yang redha akan diri ini yang tidak begitu sempurna? 

"yaAllah.. aku bersyukur padaMu kerana aku sihat dan dilahirkan sebagai Islam. Indahnya kurniaanMu!"
Kadang2 perasaan risau dan ragu-ragu ada terhadap apa yang telah dilakukan dan apa yang telah dikatakan.. Takutkan apa yang sudah dizahirkan melalui tingkah laku dan kata2 membawa keburukan.. keburukan kepada diri sendiri dan juga org lain.Yup.. bukan mudah untuk kita memuaskan hati seseorang dan bukan mudah juga untuk menjadi yang terbaik. Tetapi hati yang ikhlas, insyaAllah.. kepuasan itu akan ada dengan sendirinya dan kamulah yang terbaik.

Ikhlaslah kita dalam beribadah.. Ikhlaslah dengan ibu bapa.. Ikhlaslah dalam persahabatan.. dan ikhlaslah kita dalam menjalinkan hubungan bersama pasangan. Semoga dengan keikhlasan itu akan membawa kita ke sirotulmustakim.. Al-Jannah.. InsyaAllah.

Habluminallah.. Habluminannas..

7.00 pm
Wassalaam

Saturday, September 8, 2012

Tiadanya langsir..


Comfort yourself by closing your eyes.. and feel like you're at home.. Hmmm..

^_- (buka mata sebelah)
"Haipppp.. kenape bilik ni xdop langsir? bkn kat rumah, bilik ade langsir kee?". Zzzzzzz

Penyakit sakit rumah masih lagi terbelenggu dalam diri ini.
Wahai hati.. Bersabarlah.. Ini cuma ujian kecil bagimu. Cuba kita fikirkan orang lain yang tak ada pun rumah. Hmm di mana laa mereka tinggal. Bagaimana pula keluarga mereka? Mungkin keluarga terdekat sudah tiada. Tetapi di manakah pula saudara jauh mereka? Hmm bersyukurlah kita.. kerana sekurang-kurangnya kita ini ada tempat tinggal walaupun jauh daripada keluarga tetapi keluarga kita masih mengambil berat tentang kita. Oleh itu janganlah pula kita lupa untuk sentiasa berdoa untuk mereka yang mempunyai kekurangan sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah.. Mungkin nikmat yang kita ada tidak sebaik-baik nikmat yang ada, tetapi beringatlah.. Nikmat Allah itu sangat luas.. Allah akan berikan nikmat kepada kita dengan pelbagai cara.. Contohnya; Nikmat ketika sihat, iaitu kita mampu membuat kerja atau urusan dengan baik. Seterusnya, nikmat ketika sakit.. Yup! Sakit pun satu nikmat sebenarnya, iaitu apabila kita sakit.. akan ada orang suapkan makanan untuk kita >_< *harharhar.. Okk ni gurau T_T Nikmat ketika sakit ialah, kita akan lebih ingat kepadaNya.. Allah beri kita sakit supaya kita tidak lalai hidup di dunia ini.. Sekurang-kurangnya, apabila kita sakit kita akan berdoa kepadaNya untuk diberi kesihatan supaya dapat kembali beribadah (bekerja dan sbg..) kepadaNya (: dan sebenarnya Dia nak suruh kita rehat tu.. Nampak tak Dia sayang kita? Kite pun sayang Dia ^^

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu".
                                                                                           (Al Baqarah; ayat 152) 

InsyaAllah..
Semoga semua mendapat kebaikan di dunia & akhirat (:

meow ni x follow blog kite lgi kut :p 

11.27pm
Wassalaam




Wednesday, September 5, 2012

Jawapan yang dicari


"Mencintai seseorang itu adalah perasaan insani yang bersumber dari fitrah Allah".
 "Jangan bicara soal cinta jika tidak tahu apa itu cinta lima jari".

Sedar tak sedar, rupa-rupanya tanda cinta itu sudahpun ada pada diri kita..
Tetapi di mana? Subhanallah (:

Hurmm..

Sekali lagi.. it took me 5 mins to build up a sentence from what i have in my mind.. Zzzzz
Ini mungkin kerana.. Apa yang ada di minda.. jarang dicoretkan.. apa yang ada di hati.. payah untuk diluahkan. Yang pasti, Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang ada di kotak minda, juga apa yang kita rasa di hati. Dan sesuatu yang ingin dizahirkan itu mestilah dengan keizinanNya, (redha Allah) kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dan apa yang tidak.
"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"  
                                                  (Al-Baqarah; ayat 30)
Yup, tanda itu memang sudah ada.. dan sudahpun tertulis di luh mahfuz. Kita yang hidup di dunia ini hanya menunggu.. dan mungkin masih tercari-cari. Where are you Love? :P

Tanya sama pokok apa sebab goyang.. Nanti jawab pokok angin yang goncang. Tanya sama tuan siapakah di hati.. Jawabnya itu rahsia Tuhan.

Cinta Allah itu yang utama. Cinta ibu bapa & keluarga itu sudah semestinya. Cinta akan sahabat & sesama manusia sentiasa ada. Namun.. Apakah ada cinta jari manis? (:

9.58 pm
Wassalaam ^^


12am

Dah 5 minit berfikir nak tulis ape. Zzzz.. Huhu

Hurm.. Let me put it this way.. 

We shall begin with bismillahirrahmanirrahiim (:
Assalamualaikum w.b.t..

Dengan ini secara rasminya di bulan Syawal.. syarahan saya bermula.. yang bertajuk Cerita Orked! :D
Semoga permulaan ini memperolehi keredhaan Allah s.w.t sehingga akhirnya. Allahu ya Amin.

Okk dah hbis 11 minit untuk entri yang pertama :P
"Taqabballahu minna wa minkum"
"May Allah accept it from us and you"

12.12 am
Wassalaam.