Tuesday, November 27, 2012

Ku di sini

Tatkala diri ini terasa kekosongan..
Persoalan mula berlegar.. Apakah yang tidak terisi itu..
Alhamdulillah.. Tarbiyah diteruskan..
Ukhuwah terus terjalin.. Iman masih di dada..
Sahabat3.. Dipenuhi lagi dengan pendidikan akademik untuk diri ini bergelar doktor nanti..
Yup.. Bukanlah sekadar gelaran.. Tetapi sebagai tanggungjawab..
Kini bergelar sebagai pelajar.. Dan akan terus bergelar sebagai pelajar.. Pelajar bukan sekadar di alma mater.. Tetapi juga seorang pelajar di mana jua berada (:

**Scroll3 contact kat viber..

Terhenti seketika pada nama insan cinta pertama.

Calling... Ringing...

"Abaahh assalamualaikum wbt.."
"Waalaikummussalaam wbt... Bakpe suara kakak lemoh je.. Sejuk sgt ke..?"

Haaaa masyaAllah... Hanya Engkau sahaja yang tahu..
Yup.. Kekosongan itu adalah ruang buat diri ini bersama mereka.. Keluarga tercinta..
Terdengar suara adik3.. Haaa rindunya.. Sudah terjawab pun persoalan tadi.

Tajdid niat.. Mengapa ku disini ^^*

wassalaam wbt
2.57pm

Sunday, November 25, 2012

Kotak fikiran a.m

Pejamkan matamu.. Bersama eye mask emirates.. Hmmm.. How i wish im in the plane right now.. Going back home..
Perasaan ini tidak dapat diungkapkan dengan kata3.. Tidak dapat juga dikenal pasti dengan jelas oleh si tuan jasad.. Penuh dengan pertanyaan.. Harapan.. Dan ceritera kehidupan.. Namun.. Shahadah terus diperjuangkan.. Bersama hammasah! (: Yup.. Semangat.. Semangat yang sentiasa ada...

Bukakan matamu.. Lihatlah dunia kini.. Hmm..
Jernih sungguh air mata di sini.. 
Air mata jernih buat saudara mara ku di palestin yang berair matakan darah..
Semoga air mata jernih bersama doa ini mampu menjernihkan semula air mata mereka nun di palestin..
Allahu Ya Alim akan apa yang dijadikanNya di dunia ini.. Semestinya.. Buat bekalan di akhirat nanti..
Janji3Mu adalah benar... Bersama-sama kita dalam shahadah ini.. InsyaAllah.. Allahu Rabb Al-Amin..




Wassalaam wbt
2.59 am


Saturday, November 24, 2012

Spaces for one

Syukur.. Gembira.. Tenang.. Dan segala yang mampu mengukir satu senyuman buat diri ini dan semua insani ^^ haippp
Tiada ragu.. Tiada gelisah.. Selagi Iman masih di dada.. 
Adakalanya.. Hari-hari ini tidak terus mewarnai ceria.. Kerana kelabu yang mendatang memberi bayang-bayang.. Hmmm.. Tetapi.. Sebenarnya bayang-bayang itulah yang akan memancarkan diri kita yang sebenar.. Bayang-bayang yang menjadi bukti akan kewujudan kita.. Bayang-bayang yang memperlaku apa yang kita lakukan.. Dan sekiranya kita semua sedar akan kesan bayang-bayang ini pada diri kita.. Kesyukuran itu tidak terhingga.. MasyaAllah.. Alhamdulillah.. Hebat sungguh ciptaanMu yaAllah.. Di sebalik setiap kejadianMu itu ada maksud yang tersirat dan hikmah buat diri kita.. Dan yupp.. Hari kelabu itulah yang akan menjadikan hari kita yang sekarang (lebih baik) sekiranya kita berfikir.. 
Hati ini tersenyum sehingga ke riak wajah.. Mengingati mereka yang tersayang.. Bersaksikan janji-janji Allah.. Tidak ku rebah ke arena ragu-ragu (: 



12.30am
Wassalaam wbt
<3

Sunday, November 11, 2012

Le Spirit..

Setiap hari adalah hari yang penuh dengan semangat! :D
Semangat yang kita dapat melalui kasih sayang.. Keihklasan daripada insan3.. Doa3 ibu bapa.. Sahabat..
Keindahan sekeliling alam.. Dan iman yang menetap di dada..

Adakalanya, kesulitan datang menyelit di celah3 kekosongan yang mampu menguji semangat dalam diri ini. Haipp.. Adakah kita ingat bahawa hadiah Allah itu boleh berupakan kesulitan? Maksudnya, kesulitan yang kita dapat ini adalah kurnia Allah untuk menambahkan pahala kita dengan cara menguji kita. Sebab itulah apa yang kita dapat di dunia ini baik mahupun tidak, kita harus terus redha! :D haaaaaa^^

Apa yang disampaikan ini juga terus membakar semangat diri ini untuk terus maju dan menjadi insan yang lebih baik.. InsyaAllah begitu juga awak3 semua (:


Indah sungguh bekalan yang ada di dunia ini... Untuk kita bekalkan hari akhirat nanti.. Jom kita manfaatkan pagi atau petang ini.. Untuk kehidupan nanti yang haqiqi..^^!!

"Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka berasa seakan-akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari".
(An Nazi'at; ayat 46)

Wassalaam wbt <3
9.24 am