Monday, September 24, 2012

Satu


"Dan tidak ada (sesuatu pun) yang menghalangi manusia untuk beriman ketika petunjuk telah datang pada mereka dan memohon ampunan kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat yang terdahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata". 
(Al Kahfi; ayat 55)

Its ironic how i am still awake at this hour for my studies and at the same time writing for my blog entry! Zzzzzz :S  Alhamdulillah.. Im done with my philo reading and writing tonight. Later evening will be having a major on Philosophy. And i dont feel anything >< aiyaaaa..

Terlalu banyak pendapat tentang agama dan kepercayaan. Pening jgk baca Philo ni.. Pada akhirnya, semua pengisian yang dipertikaikan itu menuju ke arah yang sama. Zzz.. Allah sempurnakan Islam dengan adanya Iman.. Iman itu percaya.. Iman itulah yang akan tersemat dalam diri selalu dan selamanya. Its dawn here, time for Subh (:



MasyaAllah la quwwata illaa billaah, atas kehendak Allah, semua ini terjadi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah akan memberi kita petunjuk.

Wassalaam wbt
5.40 am

Tuesday, September 18, 2012

Dalam ingatan


"The promise of Allah is true,
and He is Exalted in Power, Wise." 

2.00 am
Selamat Malam <3

Thursday, September 13, 2012

Senyuman esok

"Bertemu kita bertemu.. Berpisah janganlah resah.. Seperti pelangi senja datang dan pergi.. Bertemu kita bertemu.. Berpisah janganlah resah.. Seperti malam dan siang.. Silih berganti.. Pergi dan datang.."
Esok hari pasti akan datang.. Tetapi ntah ke mana akan hari esok membawa kita. Samaada esok hari itu ialah seperti hari2 yang kita biasa hadapi. Ataupun mungkin esok hari itu ialah hari yang membawa kita menghadap Ilahi secara live. (:

Takutnya kita kehilangan orang yang kita sayangi. Takutnya kita bersedih apabila yang dikasihi pergi tak kembali. Haipp.. Apa nak takut.. Kalau itulah takdir Allah.. Itulah yang terbaik. Berbahagialah kita dengan takdirNya.. Dan, yakinlah kita bahawa Allah kasih akan orang yang dikembalikan kepadaNya itu. 
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan".
Bagaimana pula sekiranya diri ini yang melangkah pergi dahuluuu lagi.. Apakah itu juga yang dirasai orang yang mengasihi kita? Tapi itu bukanlah pengisian yang perlu ada dalam kotak fikiran kita. Pengisian yang perlu ada itu adalah tentang kehidupan kita setelah mati. Ketika itulah amalan yang kita buat di dunia ini akan dihitung. Semoga segala amal di dunia diredhaiNya. 

Setiap saat yang kita lalui merupakan satu cabaran.. Kita diuji dengan cabaran manusia.. Cabaran harta benda.. Dan segala cabaran yang ada di dunia.. Okk ni out of topic sikit. Zzzzz n_n

Esok hari pasti akan datang. Semoga esok hari terukir satu senyuman! ^^



12.50 am
Wassalaam wbt

Sunday, September 9, 2012

Ikhlas


Setiap ciptaan Tuhan itu adalah sempurna. Seperti manusia.. Namun, kesempurnaan itu tidaklah melebihi kesempurnaan yang ada pada Ilahi. Apakah ada yang redha akan diri ini yang tidak begitu sempurna? 

"yaAllah.. aku bersyukur padaMu kerana aku sihat dan dilahirkan sebagai Islam. Indahnya kurniaanMu!"
Kadang2 perasaan risau dan ragu-ragu ada terhadap apa yang telah dilakukan dan apa yang telah dikatakan.. Takutkan apa yang sudah dizahirkan melalui tingkah laku dan kata2 membawa keburukan.. keburukan kepada diri sendiri dan juga org lain.Yup.. bukan mudah untuk kita memuaskan hati seseorang dan bukan mudah juga untuk menjadi yang terbaik. Tetapi hati yang ikhlas, insyaAllah.. kepuasan itu akan ada dengan sendirinya dan kamulah yang terbaik.

Ikhlaslah kita dalam beribadah.. Ikhlaslah dengan ibu bapa.. Ikhlaslah dalam persahabatan.. dan ikhlaslah kita dalam menjalinkan hubungan bersama pasangan. Semoga dengan keikhlasan itu akan membawa kita ke sirotulmustakim.. Al-Jannah.. InsyaAllah.

Habluminallah.. Habluminannas..

7.00 pm
Wassalaam

Saturday, September 8, 2012

Tiadanya langsir..


Comfort yourself by closing your eyes.. and feel like you're at home.. Hmmm..

^_- (buka mata sebelah)
"Haipppp.. kenape bilik ni xdop langsir? bkn kat rumah, bilik ade langsir kee?". Zzzzzzz

Penyakit sakit rumah masih lagi terbelenggu dalam diri ini.
Wahai hati.. Bersabarlah.. Ini cuma ujian kecil bagimu. Cuba kita fikirkan orang lain yang tak ada pun rumah. Hmm di mana laa mereka tinggal. Bagaimana pula keluarga mereka? Mungkin keluarga terdekat sudah tiada. Tetapi di manakah pula saudara jauh mereka? Hmm bersyukurlah kita.. kerana sekurang-kurangnya kita ini ada tempat tinggal walaupun jauh daripada keluarga tetapi keluarga kita masih mengambil berat tentang kita. Oleh itu janganlah pula kita lupa untuk sentiasa berdoa untuk mereka yang mempunyai kekurangan sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah.. Mungkin nikmat yang kita ada tidak sebaik-baik nikmat yang ada, tetapi beringatlah.. Nikmat Allah itu sangat luas.. Allah akan berikan nikmat kepada kita dengan pelbagai cara.. Contohnya; Nikmat ketika sihat, iaitu kita mampu membuat kerja atau urusan dengan baik. Seterusnya, nikmat ketika sakit.. Yup! Sakit pun satu nikmat sebenarnya, iaitu apabila kita sakit.. akan ada orang suapkan makanan untuk kita >_< *harharhar.. Okk ni gurau T_T Nikmat ketika sakit ialah, kita akan lebih ingat kepadaNya.. Allah beri kita sakit supaya kita tidak lalai hidup di dunia ini.. Sekurang-kurangnya, apabila kita sakit kita akan berdoa kepadaNya untuk diberi kesihatan supaya dapat kembali beribadah (bekerja dan sbg..) kepadaNya (: dan sebenarnya Dia nak suruh kita rehat tu.. Nampak tak Dia sayang kita? Kite pun sayang Dia ^^

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu".
                                                                                           (Al Baqarah; ayat 152) 

InsyaAllah..
Semoga semua mendapat kebaikan di dunia & akhirat (:

meow ni x follow blog kite lgi kut :p 

11.27pm
Wassalaam




Wednesday, September 5, 2012

Jawapan yang dicari


"Mencintai seseorang itu adalah perasaan insani yang bersumber dari fitrah Allah".
 "Jangan bicara soal cinta jika tidak tahu apa itu cinta lima jari".

Sedar tak sedar, rupa-rupanya tanda cinta itu sudahpun ada pada diri kita..
Tetapi di mana? Subhanallah (:

Hurmm..

Sekali lagi.. it took me 5 mins to build up a sentence from what i have in my mind.. Zzzzz
Ini mungkin kerana.. Apa yang ada di minda.. jarang dicoretkan.. apa yang ada di hati.. payah untuk diluahkan. Yang pasti, Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang ada di kotak minda, juga apa yang kita rasa di hati. Dan sesuatu yang ingin dizahirkan itu mestilah dengan keizinanNya, (redha Allah) kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dan apa yang tidak.
"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"  
                                                  (Al-Baqarah; ayat 30)
Yup, tanda itu memang sudah ada.. dan sudahpun tertulis di luh mahfuz. Kita yang hidup di dunia ini hanya menunggu.. dan mungkin masih tercari-cari. Where are you Love? :P

Tanya sama pokok apa sebab goyang.. Nanti jawab pokok angin yang goncang. Tanya sama tuan siapakah di hati.. Jawabnya itu rahsia Tuhan.

Cinta Allah itu yang utama. Cinta ibu bapa & keluarga itu sudah semestinya. Cinta akan sahabat & sesama manusia sentiasa ada. Namun.. Apakah ada cinta jari manis? (:

9.58 pm
Wassalaam ^^


12am

Dah 5 minit berfikir nak tulis ape. Zzzz.. Huhu

Hurm.. Let me put it this way.. 

We shall begin with bismillahirrahmanirrahiim (:
Assalamualaikum w.b.t..

Dengan ini secara rasminya di bulan Syawal.. syarahan saya bermula.. yang bertajuk Cerita Orked! :D
Semoga permulaan ini memperolehi keredhaan Allah s.w.t sehingga akhirnya. Allahu ya Amin.

Okk dah hbis 11 minit untuk entri yang pertama :P
"Taqabballahu minna wa minkum"
"May Allah accept it from us and you"

12.12 am
Wassalaam.