Saturday, September 8, 2012

Tiadanya langsir..


Comfort yourself by closing your eyes.. and feel like you're at home.. Hmmm..

^_- (buka mata sebelah)
"Haipppp.. kenape bilik ni xdop langsir? bkn kat rumah, bilik ade langsir kee?". Zzzzzzz

Penyakit sakit rumah masih lagi terbelenggu dalam diri ini.
Wahai hati.. Bersabarlah.. Ini cuma ujian kecil bagimu. Cuba kita fikirkan orang lain yang tak ada pun rumah. Hmm di mana laa mereka tinggal. Bagaimana pula keluarga mereka? Mungkin keluarga terdekat sudah tiada. Tetapi di manakah pula saudara jauh mereka? Hmm bersyukurlah kita.. kerana sekurang-kurangnya kita ini ada tempat tinggal walaupun jauh daripada keluarga tetapi keluarga kita masih mengambil berat tentang kita. Oleh itu janganlah pula kita lupa untuk sentiasa berdoa untuk mereka yang mempunyai kekurangan sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah.. Mungkin nikmat yang kita ada tidak sebaik-baik nikmat yang ada, tetapi beringatlah.. Nikmat Allah itu sangat luas.. Allah akan berikan nikmat kepada kita dengan pelbagai cara.. Contohnya; Nikmat ketika sihat, iaitu kita mampu membuat kerja atau urusan dengan baik. Seterusnya, nikmat ketika sakit.. Yup! Sakit pun satu nikmat sebenarnya, iaitu apabila kita sakit.. akan ada orang suapkan makanan untuk kita >_< *harharhar.. Okk ni gurau T_T Nikmat ketika sakit ialah, kita akan lebih ingat kepadaNya.. Allah beri kita sakit supaya kita tidak lalai hidup di dunia ini.. Sekurang-kurangnya, apabila kita sakit kita akan berdoa kepadaNya untuk diberi kesihatan supaya dapat kembali beribadah (bekerja dan sbg..) kepadaNya (: dan sebenarnya Dia nak suruh kita rehat tu.. Nampak tak Dia sayang kita? Kite pun sayang Dia ^^

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu".
                                                                                           (Al Baqarah; ayat 152) 

InsyaAllah..
Semoga semua mendapat kebaikan di dunia & akhirat (:

meow ni x follow blog kite lgi kut :p 

11.27pm
Wassalaam




No comments:

Post a Comment