Monday, January 6, 2014

Pemilik waktu


Autumn in Kursk, Sept 2013

Waktu itu rahmat & barakah Ilahi..
Subuh menjelma diikuti syuruk & dengan dhuha disudahi..
Waktu zuhr menghampiri..
Asar mendatang..
Azan maghrib mula berkumandang..
Tiba waktu isya' lalu Al-Mulk  dihayati sebelum dibuai malam mimpi..
Qiamulail menjemput sepanjang malam sehingga subuh kembali..
Tanpa henti itu kuasa Ilahi..
Sehingga bertemu di yaumul akhiri..
Janji Allah itulah yang pasti..

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”
[Hadis riwayat Muslim]