Sunday, September 9, 2012

Ikhlas


Setiap ciptaan Tuhan itu adalah sempurna. Seperti manusia.. Namun, kesempurnaan itu tidaklah melebihi kesempurnaan yang ada pada Ilahi. Apakah ada yang redha akan diri ini yang tidak begitu sempurna? 

"yaAllah.. aku bersyukur padaMu kerana aku sihat dan dilahirkan sebagai Islam. Indahnya kurniaanMu!"
Kadang2 perasaan risau dan ragu-ragu ada terhadap apa yang telah dilakukan dan apa yang telah dikatakan.. Takutkan apa yang sudah dizahirkan melalui tingkah laku dan kata2 membawa keburukan.. keburukan kepada diri sendiri dan juga org lain.Yup.. bukan mudah untuk kita memuaskan hati seseorang dan bukan mudah juga untuk menjadi yang terbaik. Tetapi hati yang ikhlas, insyaAllah.. kepuasan itu akan ada dengan sendirinya dan kamulah yang terbaik.

Ikhlaslah kita dalam beribadah.. Ikhlaslah dengan ibu bapa.. Ikhlaslah dalam persahabatan.. dan ikhlaslah kita dalam menjalinkan hubungan bersama pasangan. Semoga dengan keikhlasan itu akan membawa kita ke sirotulmustakim.. Al-Jannah.. InsyaAllah.

Habluminallah.. Habluminannas..

7.00 pm
Wassalaam

No comments:

Post a Comment