Sunday, November 16, 2014

Specific metaphor

Adakalanya kita akan tiba ke satu titik kehidupan yang hanya menampakkan jalan yang tidak jelas, cukup dramatik. Dan adakalanya akan kelihatan lebih dramatik daripada yang kelihatan.

Kita mendapati diri kita berada di persimpangan jalan yang begitu jelas. Persimpangan yang memisahkan, yang mempersembahkan pemilihan jelas, namun kabur hendak memilih. Kerana keputusan itu tidak boleh dibawa bersama-sama. Bersama-sama dalam satu masa.
Titik ini adalah kritikal....mungkin hanya boleh kelihatan kritikal.

Ya, ini hanyalah satu metafora. Metafora yang membawa pelbagai jalan cerita bersamanya.

Tak kira apapun pilihan kita, jika dengan dasar niat yang benar, insyaAllah jalan cerita yang terbawa bersama itu akan membawa kita ke satu titik realiti. Di situ, tiada lagi persoalan.

Bukan di sini. Di sana. :)


No comments:

Post a Comment