Sunday, December 2, 2012

Setiap itu

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) daripada syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)".  
(7; Al-A'raf; ayat 201)

Ayat Allah di atas sangat menarik hati ini.. Sekiranya kita ini orang yang beriman dan sungguh ingin menjadi orang yang baik di sisi Allah.. InsyaAllah perasaan dan langkah untuk membuat kemungkaran itu sangat jauh.. Ye, jauh sekali untuk kita membuat kemungkaran.. Namun, kita ini manusia.. Lumrah bagi kita untuk membuat kesilapan.. Tetapi, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita melakukan kemungkaran atau kesilapan.. Kerana.... Jengjeng... Kerana kita merupakan sebaik-baik ciptaanNya (:

Sekali lagi... Sekiranya kita ini orang yang beriman, bertaqwa, dan ingin menjadi insan yang khair di sisi Allah.. Jauh sekali untuk kita melakukan kesilapan dan kemungkaran..

Setiap perjalanan.. Setiap waktu.. Setiap perkara.. Dan semuanya yang ada di dunia ini.. Akan Dia uji ke atas kita.. 
Setiap permulaan.. Setiap pengakhiran.. Akan ada hikmahnya..
Namun, sekiranya dalam setiap itu membawa kebaikan dan keredaanNya..
InsyaAllah.. Pengakhiran itu bukan di situ sahaja.. Tetapi merupakan satu pengakhiran yang membawa kita semua ke jalan yang haqiqi.. Yang tiada penghujungNya.. 

Adakalanya, diri ini terasa sangat tercabar.. Kerana ku tidak akan pernah sempurna.. 
Yang menyebabkan diri ini untuk terus kukuh di pentas persinggahan (dunia) untuk mendapatkan anugerah yang abadi (jannah). Pasti. 

Wassalaam wbt
3.29am




No comments:

Post a Comment