Saturday, December 8, 2012

Lillahi

Tiada yang lebih indah selain daripada kurniaanMu (:
Hari yang penuh cabaran.. Hari yang menjadikan nikmat itu satu konsekuensi..

Saya punya mulut untuk bicara.. Saya punya kaki untuk melangkah.. Saya punya mata untuk melihat.. Tetapi sejauh manakah 'saya punya' itu kita gunakan.. Tepuklah dada tanyalah iman..

Lalu.. Diriku melangkah ke pentas itu.. Mata ini mencari-cari dimanakah mereka yang hadir untuk memberi semangat.. Tidak kelihatan mereka kerana mata yang sangat rabun zzzz.. Huhu

Masih di pentas..

Walaupun mata ini tak nampak pun mereka yang datang semata-mata untuk memberi sokongan.. Dan walaupun mereka yang mmg tiada pun disitu.. Tetapi hati ini dapat melihat diri mereka.. Terasa akan kehadiran mereka... Kerana.. Semangat dan kasih yang diberikan sangat.. Sangat ape yup.. Haaa power.. Hehe

Kalau tidak kerana niat lillahi taala, tidak berdiri aku di sana tadi..

Jazakumullahukhairan! Kepada awak.. Awak.. Dan awak semuanya.. ^^

Bahagia itu ada pada hati.. Yang bertakhta di kerajaan diri.. Terpendam bagai mutiara di lautan nurani.. Kebahagiaan itu satu kesyukuran.. -Hakikat bahagia



Wassalaam wbt 
11.54 pm

No comments:

Post a Comment