Friday, January 16, 2015

Nota

Kita mungkin mampu mengawal tindakan dan kata-kata yang bakal menggulungi lidah, tetapi adakalanya kita tidak mampu untuk mengawal detikan yang ada di dalam hati mahupun fikiran. Pantasnya seperti kilat. Detikan yang ada di dalam hati itu tiada sesiapa yang mendengarnya, kecuali Dia As Samii. Fikiran yang ada di dalam kotak minda itu tiada sesiapa yang mengetahuinya, kecuali Dia Al Alim. Mungkin hal ini berada di luar kawalan kita yang sebenar, tetapi kita ada kuasa untuk mengawal niat kita iaitu dengan memperbaharui niat yang sedia ada. Mungkin ada larinya.. Muhasabah kembali. Itu yang terbaik. Supaya yang terdetik itu baik belaka. Kerana hidup ini hanya mengejar reda Allah semata-mata.

No comments:

Post a Comment