Sunday, February 2, 2014

Paused

Kursk, May 2013


Seketika kita berhenti.
Walaupun sehari sekali.
Perlu berhenti.
Biarpun di hujung hari.
Memeriksa diri atas segala yang menyelubungi
Itulah antara tempoh buat kita yang mengimani
Tempoh di mana kita terlibat dalam kritikan diri
Membuka kepalsuan diri
Lalu membebaskan reaksi dan negativiti
Keracunan ego terus terganti
Menjadi motivasi serta panduan rohani
Bak pekeliling insani
Kerana hidup kita di sini ibarat setengah hari
Hanyalah mencari reda Ilahi
Maka hitunglah diri kita sebelum kita terhitung di yaumul akhiri
Astaghfirullahaladzim.. Allahurabbi

"Seorang mukmin bertanggungjawab terhadap dirinya. Ia harus menghisab dirinya kerana Allah. Sesusungguhnya proses hisab di akhirat menjadi ringan bagi orang-orang yang telah menghisab diri mereka di dunia, dan sebaliknya menjadi berat bagi orang-orang yang mengambil perkara ini tanpa muhasabah".
-Imam Hassan Al Banna

No comments:

Post a Comment