Wednesday, December 26, 2012

Di sini




Tidak terlintas dalam fikiran ini.. Sehinggalah dua tapak memijak di negeri ku berada kini.
Inilah realiti (:
Apakah rahsiaNya sehingga diri ini berada di sini.. Sungguh, semua ini sudahpun tertulis.. Dia Maha Mengetahui..

Semuanya bermula di sini.. Ucapan alhamdulillah dibasahi.. Di sebalik ucapan itu, pasti ada sesuatu yang telah terjadi dan membuatkan kita berasa bersyukur kepadaNya.

InsyaAllah, dengan harapan.. Apa yang kita terima tak kira di mana kita berada pasti membawa kebaikan dunia wa akhirat.

Tarbiyah.. Ukhuwah.. Kasih dan sayang.. Cinta.. Dan semestinya.. Cita-cita yang akan menjadi tanggungjawab kita pada masa akan datang.. Itulah yang terbaik.

Tetapkan iman di dalam dadamu.. Tingkatkan usahamu dalam menuju cita-cita..sehingga mampu membawa kita ke jalan haqiqi.. Bismillahitawakkaltullah..

Mami abah.. Sayang fillah selamanya <3

Yup.. Hargailah mereka.. Dan berdoalah kepadaNya buat mereka..

Wassalaam wbt
6.14 am

Tuesday, December 11, 2012

Dan..

Seakan-akan diri ini tahu apa yang telah dilaluinya..
Allahu yaAlim..
Yakinlah bahawa, apa yang telah terjadi itu pasti ada baiknya..
Yang membawa kita sehingga ke hari ini..

Ikutkan bisikan3 jahat.. Stress sebenarnya.. Huhu
Akhir tahun kian berakhir.. Kembali ke awal tahun baharu yang juga bakal berakhir nanti..
Dan ini akan terus berulang sehingga satu masa yang pasti, kita tiada lagi di dunia ini..
Namun.. Dunia akan terus menjadi roda sehingga satu masa yang pasti juga, yaumul akhir..

Banyak perkara yang perlu dikejarkan buat masa ini.. Dan mungkin banyak lagi pada masa akan datang..
Tika jasad hanya dikelilingi udara.. Semakin banyak perkara yang bermain di kotak fikiran..
Masa inilah teman menjadi api yang membakar semangat... Menjadi air tatkala hati membara kegelisahan.. Dan menjadi angin.. Yang membawa ketenangan... Kedinginan..

Hari ini dan hari semalamnya, ku dipimpin seorang teman untuk ke kelas.. Kerana jalan yang amatlah licin.. Niatnya ingin memimpin diri ini.. Last3 -.- hahah.. Kite yang pimpin die.. Zzz.. Haih kawanku sorang ni gopla.. Huhu

Kerana kelemahan yang ada membatasi setiap langkahku.. Bukan bermakna ku tidak mampu.. Selagi masih ada Dia yang Satu (:

Wassalaam wbt
6.38pm

Monday, December 10, 2012

Pelukan sebenar



Peluklah hatimu..
Itu sajalah yang mampu dibicarakan tatkala awan kelabu datang memendungi keceriaan..
Huhu.. :E
Allah akan permudahkan segalanya..
Kepercayaan terhadapNya tidak pernah hilang..
Kerana Dialah kita semua masih di sini.. Dan pentingnya kita untuk selalu muhasabah diri..
Pentingnya kita dalam pelukan ukhuwah.. Dikelilingi insan yang kita sayangi.. Cintai.. Sungguh bermakna..
Ya Illah  datangkan mereka ini untuk kita.. Supaya kita tidak tahu erti 'lonely'. Biarpun jauh di mata..
Kerana mengingati mereka.. Sungguh memberi ketenangan.. Dan inilah pelukan sebenar..

La tahzan! Sesungguhnya Allah bersama mereka yang beriman kepadaNya.. Teguhkan imanmu.. Kun  fayakun.. Kerana apabila Dia ingin menjadikan sesuatu.. Maka jadilah ia.. Dan itulah yang terbaik..

Teruskan usaha kita dalam menggapai kejora.. Tabahkan hati kita dalam merempuh duri-durian.. Berdoalah kita kepada Dia.. Bertawakal.. Dan redalah kita dengan ketentuanNya..

Senyumlah selalu (:
Supaya sentiasa kelihatan ceria...
Dan menggembirakan yang lain juga..^^

Wassalaam wbt
1.20 am

Saturday, December 8, 2012

Lillahi

Tiada yang lebih indah selain daripada kurniaanMu (:
Hari yang penuh cabaran.. Hari yang menjadikan nikmat itu satu konsekuensi..

Saya punya mulut untuk bicara.. Saya punya kaki untuk melangkah.. Saya punya mata untuk melihat.. Tetapi sejauh manakah 'saya punya' itu kita gunakan.. Tepuklah dada tanyalah iman..

Lalu.. Diriku melangkah ke pentas itu.. Mata ini mencari-cari dimanakah mereka yang hadir untuk memberi semangat.. Tidak kelihatan mereka kerana mata yang sangat rabun zzzz.. Huhu

Masih di pentas..

Walaupun mata ini tak nampak pun mereka yang datang semata-mata untuk memberi sokongan.. Dan walaupun mereka yang mmg tiada pun disitu.. Tetapi hati ini dapat melihat diri mereka.. Terasa akan kehadiran mereka... Kerana.. Semangat dan kasih yang diberikan sangat.. Sangat ape yup.. Haaa power.. Hehe

Kalau tidak kerana niat lillahi taala, tidak berdiri aku di sana tadi..

Jazakumullahukhairan! Kepada awak.. Awak.. Dan awak semuanya.. ^^

Bahagia itu ada pada hati.. Yang bertakhta di kerajaan diri.. Terpendam bagai mutiara di lautan nurani.. Kebahagiaan itu satu kesyukuran.. -Hakikat bahagia



Wassalaam wbt 
11.54 pm

Thursday, December 6, 2012

Nantikan ku

Melihat portrait itu, membuatkan diriku lebih semangat untuk bertemu dengan mereka..
YaAllah, pertemukan aku dengan mereka..
Mereka itu berada di bawah jagaanMu.. Selalu..

Di Sungai Buloh.. Ku punya ramai sahabat seperti mereka.. Tinggal di bawah unit yang sama..
Bezanya.. Itu sahabat3 yang kukenali di sekolah.. Sangat rapat.. Dan rindu terus terpahat..

Selama ini, bila pulang ke Kuala Terengganu.. Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk diri ini berjumpa mereka..
Sehinggalah pada hari itu, Kau hadiahkan perasaan ini untuk bertemu mereka..
Mereka tidak kenal diriku..
But i know them (:
Nantikan aku.. Taman Sinar Harapan <3

Wassalam wbt
1.03am

Sunday, December 2, 2012

Setiap itu

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) daripada syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)".  
(7; Al-A'raf; ayat 201)

Ayat Allah di atas sangat menarik hati ini.. Sekiranya kita ini orang yang beriman dan sungguh ingin menjadi orang yang baik di sisi Allah.. InsyaAllah perasaan dan langkah untuk membuat kemungkaran itu sangat jauh.. Ye, jauh sekali untuk kita membuat kemungkaran.. Namun, kita ini manusia.. Lumrah bagi kita untuk membuat kesilapan.. Tetapi, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita melakukan kemungkaran atau kesilapan.. Kerana.... Jengjeng... Kerana kita merupakan sebaik-baik ciptaanNya (:

Sekali lagi... Sekiranya kita ini orang yang beriman, bertaqwa, dan ingin menjadi insan yang khair di sisi Allah.. Jauh sekali untuk kita melakukan kesilapan dan kemungkaran..

Setiap perjalanan.. Setiap waktu.. Setiap perkara.. Dan semuanya yang ada di dunia ini.. Akan Dia uji ke atas kita.. 
Setiap permulaan.. Setiap pengakhiran.. Akan ada hikmahnya..
Namun, sekiranya dalam setiap itu membawa kebaikan dan keredaanNya..
InsyaAllah.. Pengakhiran itu bukan di situ sahaja.. Tetapi merupakan satu pengakhiran yang membawa kita semua ke jalan yang haqiqi.. Yang tiada penghujungNya.. 

Adakalanya, diri ini terasa sangat tercabar.. Kerana ku tidak akan pernah sempurna.. 
Yang menyebabkan diri ini untuk terus kukuh di pentas persinggahan (dunia) untuk mendapatkan anugerah yang abadi (jannah). Pasti. 

Wassalaam wbt
3.29am